Ahad, 1 Disember 2013

Nasyid Assalamualaikum Ibu Ayah

Assalamualaikum ibu ayah,
kami pergi sekolah,
kami belajar Quran
Kami belajar sunnah...

Assalamualaikum ustaz ustazah,
kami datang sekolah,
ajar kami Quran
Ajar kami sunnah....

kami cinta Allah
kami cinta Nabi
kami sayang ayah
kami sayang umi

kami takut Allah
kami ikut Nabi
kami taat ayah
kami taat umi.....

Kami cinta Allah
Kami cinta Nabi
Kami sayang Ayah
Kami sayang umi

 

Khamis, 28 November 2013

CD Nasyid Kegemaran Pia


Dah sampai petang tadi, nasyid kegemaran pia...terus tengok kat tv!


Kalau dah Penat Sangat !!!


Safiah yang keletihan. 27 November 2013 ada paper perdagangan. Jadi aku bertugas di sekolah. setelah 2 minggu bercuti jaga pia di rumah. ini hari pertama hantar piah di rumah faridah. penat bermain sepagi agaknya. pukul 1.30 tengahari aku ambil pia. sampai rumah - bagi susu... guling kiri kanan, mengempeng dengan ayah dia...lastly tertidur atas perut ayah dia...hahaha..pia..pia. penat bermain dgn kawan dia lah tu.

.

Rabu, 20 November 2013

Raisah Safiah dilahirkan

Pada 9.00 pagi 26 Jun 2012 bersamaan 6 Syaaban 1433 Hijrah di Hospital Putra Batu Pahat. Ketua Pembedahan oleh Dr Kathiravan Chinniah dari Klinik Pakar Puan Kartik.

Klik di bawah untuk tonton cara kelahiran melalui pembedahan lower segment caesarean section.

https://www.facebook.com/photo.php?v=10202451634753616&set=vb.1276604232&type=2&theater

Dalam Kenangan. Alhamdulillah syukur!!!

Ahad, 15 September 2013

Panduan Tidur


Aiskrim Oreo handmade


Aiskrim Oreo handmade yang SEDAP !!! kalah Oreo Mc Flurry Mc D

cara buat?

1) - setengah tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)
- 1 1/2 gelas susu cair(ducthlady kotak pon boleh..ikut kecairan @ kepekatan yang dikehendaki)
- 1 sudu ovalette (pastikan halal)* (dapatkan di KEDAI KEK)
- sedikit esen vanilla *(dapatkan di KEDAI KEK)
- blendkan sampai gebu.

2) gaulkan hasil yang di blend dengan biskut oreo (vanilla) yang dah dihancurkan.

3) masukkan dalam peti ais. (freezer)

4) MAKAN !!!!!!! sampai menjilat sudu~!!! 

Rabu, 10 April 2013

Gaya Safiah Tidur - Siri 1


Bila tidor, mesti cabut stokin walau mata terlelap rapat.
Kemudian garu perut macam orang tua garu. kemudian tidur semula.


Aksi terbaru - 11 April 2013
Ibu....Safiah dah besarlah!


Posing sakan nampaknya anak ibu ni!!!

.



.




Rawat Ekzema Safiah secara tradisional - Siri 2

Rawat Ekzema Safiah secara tradisional
Siri 2

Jerangau - Kak Norazah buang dan Tarmizi

Bonglai - Kak Norazah buang dan Tarmizi


Lada Mempahit / Buah Makasar

Daun Sireh


Kunyit Hidup

Buah Pokok Tenggek Burung

Daun tenggek burung



Lokasi Perubatan : Air Hitam, Batu Pahat
Nama Pengubat  :  Wak Rukini
Tarikh berubat  :  6 April 2013

Cara-cara perubatan :

Ubat Sapuan
Tumbuk sampai lumat bahan di bawah :
a. Buah Tenggek burung / Lada mempahit
b. Bonglai
c. Jerangau
d. Kunyit Hidup

~ Bahan ditumbuk dimasak dengan minyak.
~ Minyak di sapu tempat gatal.


Ubat Mandi
1. Rebus daun tenggek burung bersama daun sireh (Ganjil).
2. Air rebusan dibuat mandi.

Kesan Perubatan :
2-3 hari yang lepas, gatal safiah ada kurang sikit. 
Minyak serba salah nak sapu. minyak dah serupa dgn minyak nak tumis sayur sebab ada bahan ditumbuk.

.

Rawat Ekzema Secara Tradisional - Siri 1

Rawat Ekzema Safiah secara tradisional

Siri 1
Daun Sireh

Tawas

Lokasi Perubatan : Sungai Balang, Muar, Johor
Nama Pengubat  :  Mak Pah

Cara-cara perubatan :
1.  Tawas di lalukan di seluruh anggota badan safiah.
2. Tawas dibakar sepenuhnya di atas api.
3. Selepas sejuk, tawas akan berubah bentuk. kalau berubat untuk badi mayat. biasanya tawas akan berbentuk mayat setelah dibakar.
4. Tawas yang telah menjadi arang akan disiram dengan air.
5. Air bercampur habuk tawas di calit di beberapa bahagian badan safiah.

Daun Sireh
1. Daun sireh ditumbuk lumat
2. Sapu di pipi safiah.

Kesan Perubatan :
Hari pertama sireh di sapu, luka kering dek tampalan sireh. bila sireh kering dan kepingan kecil daun sireh mula tercabut, pipi safiah kembali menais. kali ini, air yg keluar di pipi safiah lebih aktif dari biasa. sentiasa di lap dan cecair tersebut melekit.

Isnin, 8 April 2013

Genap 9 Bulan di Parit Simen, Batu Pahat

Hajatny nak tunjukkan monyet dekat safiah masa pergi parit simen, batu pahat nie. tapi monyet jauh dekat pantai. yang ada burung dan kucing....bolehlaaaaahhh...

Safiah Lancar Merangkak Siri 2


Safiah sekarang pantang di keluarkan dari walker...merangkak sana sini. dapat dinding terus memapah bangun.

Rabu, 20 Mac 2013

Ekzema Safiah Sembuh

Senarai Lokasi Perubatan Ekzema Safiah
Bermacam-macam usaha dilakukan untuk menyembuhkan ekzema safiah. Berikut antara lokasi yang telah kami dapatkan perkhidmatan :

1. Klinik England, Pakar Kanak-kanak Jalan Timah Hitam, Batu Pahat
2. Klinik Tay, Pakar Kanak-kanak, Bukit Pasir, Batu Pahat
3. Klinik Pakar Kulit Taman Maju, Batu Pahat
4. Poliklinik Penawar
5. Makcik Supiah, Air Hitam, Batu Pahat
6. Mak Yah, Linau Kecil, Batu Pahat
7. Hospital Pantai - Pakar Kanak-Kanak Dr Airin
7. Mak Pah Sungai Balang Muar
8. Dr Chua - Pakar Kulit Hospital Putra Batu Pahat - Baru serasi and sembuh.

Ubat Untuk Maintainance
Protopic
Saiz macamgam uhu tapi harganya RM135.00
Sapu bahagian pipi 2kali sehari. Pagi dan malam.

Cecair mandian. RM 65.00
Guna time mandi ajer!


Cream @ losyen untuk bahagian pelipat.
Harga RM 48.00
Boleh juga digunakan sebagai pelembab kulit kepala untuk elak kuping kelemumur di kepala











Safiah Lancar Merangkak

12 Mac 2013
Safiah semakin lancar n laju merangkak. kini dah boleh panjat tembok bantal dan gemar sangat merangkak menuju simen. safiah dah tak berapa suka merangkak atas toto. padahnya pada 19 mac 2013, dua kali safiah terantuk disebabkan landing ikut suka dia ajer...

Walker Baru Safiah


Walker nie tujuan utama dibeli untuk memudahkan menyuap safiah time makan. first time naik walker! excited sampai dijongket2 macam kerusi jongkang jongkit. Alhamdulillah sebab safiah sukakannya.
Tarikh Beli : 10 Mac 2013
Harga : 159.00

Jumaat, 1 Mac 2013

Suku Kata Pertama Safiah

23 Februari...safiah mula berkata " a-ja, ja, ja, ja..."

Safiah dan Eczema

Rasa-rasanya dah 4 bulan masalah kulit safiah berlarutan. Lepas safiah bercukur rambut kasi botak, seminggu lepas tu, tahi sawan penuh di kepala macam lopak air tanah yang kering di kulit kepala. di sebabkan safiah suka menggaru kepala yang gatal tu sampai luka, kami sarungkan tangan dia dengan mitten. start dari situlah pipi safiah mula berbiji-biji and lastlay menais keluar air. mulanya pipi kiri kemudian jangkit pipi kanan pulak. makin hari tahi sawan di kepala semakin pulih, tapi eczema di pipi makin luas pulak jangkitannya. sambung nantilah pulak. ngantuk...

Sabtu, 5 Januari 2013

3 januari 2013 Safiah meniarap

pada jam 2.15 mlm' 3januari, safiah suka sangat n tertib dia meniarap. syasbas   anakku!!

Khamis, 3 Januari 2013

Salam Pertemuan

Selamat Datang ke blog Raisah Safiah Ramli. Blog menceritakan detik indah Tuan Puteri kesayangan ayah dan ibu. Intan permata yang menyinari hidup kami berdua. Alhamdulillah dan Allahuakbar!