Rabu, 10 April 2013

Gaya Safiah Tidur - Siri 1


Bila tidor, mesti cabut stokin walau mata terlelap rapat.
Kemudian garu perut macam orang tua garu. kemudian tidur semula.


Aksi terbaru - 11 April 2013
Ibu....Safiah dah besarlah!


Posing sakan nampaknya anak ibu ni!!!

.



.




Rawat Ekzema Safiah secara tradisional - Siri 2

Rawat Ekzema Safiah secara tradisional
Siri 2

Jerangau - Kak Norazah buang dan Tarmizi

Bonglai - Kak Norazah buang dan Tarmizi


Lada Mempahit / Buah Makasar

Daun Sireh


Kunyit Hidup

Buah Pokok Tenggek Burung

Daun tenggek burung



Lokasi Perubatan : Air Hitam, Batu Pahat
Nama Pengubat  :  Wak Rukini
Tarikh berubat  :  6 April 2013

Cara-cara perubatan :

Ubat Sapuan
Tumbuk sampai lumat bahan di bawah :
a. Buah Tenggek burung / Lada mempahit
b. Bonglai
c. Jerangau
d. Kunyit Hidup

~ Bahan ditumbuk dimasak dengan minyak.
~ Minyak di sapu tempat gatal.


Ubat Mandi
1. Rebus daun tenggek burung bersama daun sireh (Ganjil).
2. Air rebusan dibuat mandi.

Kesan Perubatan :
2-3 hari yang lepas, gatal safiah ada kurang sikit. 
Minyak serba salah nak sapu. minyak dah serupa dgn minyak nak tumis sayur sebab ada bahan ditumbuk.

.

Rawat Ekzema Secara Tradisional - Siri 1

Rawat Ekzema Safiah secara tradisional

Siri 1
Daun Sireh

Tawas

Lokasi Perubatan : Sungai Balang, Muar, Johor
Nama Pengubat  :  Mak Pah

Cara-cara perubatan :
1.  Tawas di lalukan di seluruh anggota badan safiah.
2. Tawas dibakar sepenuhnya di atas api.
3. Selepas sejuk, tawas akan berubah bentuk. kalau berubat untuk badi mayat. biasanya tawas akan berbentuk mayat setelah dibakar.
4. Tawas yang telah menjadi arang akan disiram dengan air.
5. Air bercampur habuk tawas di calit di beberapa bahagian badan safiah.

Daun Sireh
1. Daun sireh ditumbuk lumat
2. Sapu di pipi safiah.

Kesan Perubatan :
Hari pertama sireh di sapu, luka kering dek tampalan sireh. bila sireh kering dan kepingan kecil daun sireh mula tercabut, pipi safiah kembali menais. kali ini, air yg keluar di pipi safiah lebih aktif dari biasa. sentiasa di lap dan cecair tersebut melekit.

Isnin, 8 April 2013

Genap 9 Bulan di Parit Simen, Batu Pahat

Hajatny nak tunjukkan monyet dekat safiah masa pergi parit simen, batu pahat nie. tapi monyet jauh dekat pantai. yang ada burung dan kucing....bolehlaaaaahhh...

Safiah Lancar Merangkak Siri 2


Safiah sekarang pantang di keluarkan dari walker...merangkak sana sini. dapat dinding terus memapah bangun.